Tuesday, July 25, 2017

REVIEW WAR FOR THE PLANET OF THE APES


planet of the apes


WAR FOR THE PLANET OF THE APES - Noktah gemilang perjuangan terakhir si beruk tua.


 War for the Planet of the Apes (2017)
[Action, Adventure, Drama]
 Pengarah: Matt Reeves
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017

Caesar, nama diberi seorang lelaki tua pada 'lab monkey' yang kematian ibu semasa proses mencari penawar penyakit Alzheimer atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai nyanyuk. Caesar, nama yang bakal mencipta sebuah sejarah terulung dalam sejarah peradaban dunia dalam bentuk sinematik. War for the Planet of the Apes atau singkatannya WARPOTA secara peribadi pada saya memenuhi setiap ceruk kehendak saya dalam memilih sesebuah filem. Caesar benar-benar bermain dengan emosi kita dalam APE'S TRILOGY kali ini. Sebuah permulaan CEMERLANG dengan pengnoktahan GEMILANG menjadikan ianya sebuah trilogi antara yang TERBILANG dalam dunia sinema!

Seperti diduga, WARPOTA mengikut telahan saya, pastinya akan meneruskan cerita kembara sang beruk bernama Caesar dalam perjalanannya untuk bergelar pemimpin Lagenda. Jujur saya katakan menurut pandangan saya, ia adalah sebuah filem yang berpaksikan plot klise. Akan tetapi jangan terus melabel. Klise WARPOTA adalah klise yang diolah sebaik-baiknya. Bak kata pepatah inggeris "cliche done right". Kesemua elemen yang digunapakai diadun sebaik mungkin oleh sang pengarah menjadikan ianya satu sebatian yang amat menyelerakan. Sukatan rasa yang tidak berlebihan, masin, masam, pedasnya digaul begitu teliti menjadikan ianya sebuah sebatian yang tiada tolok tandingan. Tidak berlebihan jika saya katakan WARPOTA unggul kerana kreativiti dan jiwa besar sang pengarahnya walaupun penceritaannya yang agak klise.

Secara ringkasnya, WARPOTA sebuah filem yang menyedari ia ingin jadi apa. Tidak berlebihan dalam apa-apa aspek di mana-mana sekalipun. Sesekali ternampak penampakan 'CGI feast' namun kebanyakan waktunya ia secukup rasa. Meletakkan WAR di bahagian depan tajuknya juga berdaya membuatkan penonton terpesong arah dan mengundang salah tanggapan penonton namun sajian perang yang dihidang dalam WARPOTA ini saya kategorikan sebagai memadai.

WARPOTA merupakan lanjutan cerita puak beruk dalam melangsungkan kehidupan survival mereka di muka bumi yang mana puak manusia dikhabarkan hampir pupus secara total disebabkan penyakit yang diberi nama Simian Flu. Caesar sang pemimpin beruk mengalami ujian yang amat dasyat sebagai pemimpin bilamana terpaksa membuat keputusan untuk tidak mahu berperang, menyatu padukan puak beruk setelah kematian komander paling kanannya bernama Koba yang bertukar menjadi sang pengkhianat dan dalam masa yang sama memburu dalang pembunuh yang membunuh anggota keluarganya. Inilah 'WAR' yang dimaksudkan dalam tajuknya. Berperang dengan diri sendiri. Perang dalaman. Perang yang paling banyak mengorbankan spesis berotak dan berakal iaitu spesis bernama manusia walaupun sebelum ia bermula. Sisi perang yang kerap didendang dalam filem namun kurang penekanan dari sudut emosinya. Elemen inilah yang WARPOTA ingin penonton hayati.

Secara teknikalnya, WARPOTA masih banyak bergantung harap pada teknologi CGI namun pada skrip asal, asasnya cerita WARPOTA tidak terlalu kompleks cuma ia berplotkan konflik dalaman yang boleh juga diibaratkan seperti konflik besar. Pengunaan skor musik minimal ala musik tribal berjaya membangkitkan mood dalam tontonan. Sudut teknikal dalam dialog juga ada yang bagus dan punya 'quotes' yang boleh dan senang diingati. Pengolahan watak antagonis Colonel yang didukung oleh Woody Harrelson pula pada saya agak minimal penampilannya akan tetapi impaknya dalam mewarnai suasana hampir perang itu kuat sekali. Sinematografi antara faktor yang membuahkan perasaan kagum dalam diri saya. Babak awal dimana puak beruk berjalan ke tempat persembunyian mereka berlatar belakangkan air terjun itu sangat mempersonakan sekali. Juga kewujudan karekter seekor beruk yang bernama 'bad apes' pada saya berjaya meninggalkan memori dan berjaya juga mengurangkan tahap 'intense' yang mana pada ketika karekter ini dijumpai, tahap saspens penonton sudah berada pada tahap yang agak tinggi. Ya WARPOTA dari sudut pandang teknikalnya adalah sebuah filem yang baik sekali olahannya. 'Beautifully and masterfully executed'.

 Akhir kata, WARPOTA merupakan sebuah filem yang mendukung genre drama berat dengan elemen perang menjadi temanya dan sedih menjadi fokus emosinya. Walaupun begitu dalam faktor permainan emosinya, impaknya terasa tidak begitu kuat dan lemah juga kualitinya dalam proses pembentukan air jernih di dalam mata. Olahannya bagus tetapi tidak cukup bagus. Di pengakhiran cerita, walaupun kriteria emosinya tidak kuat dan tidak begitu meninggalkan kesan, saya percaya penonton sekurang-kurangnya boleh merasakan kehadiran emosi yang filem ini alirkan mengalir ke dalam diri masing-masing. WARPOTA, produk penutup Trilogi yang sangat mantap untuk sebuah Trilogi terbilang. Di akhir kata ini, izinkan saya sekali lagi laungkan : APE'S TRILOGY- Permulaan CEMERLANG dengan pengnoktahan GEMILANG sebuah trilogi antara yang TERBILANG dalam dunia sinema!

Rating: 8/10

Ditulis oleh: Is kapan - panel penulis tetap Movie Addict Malaysia

Artikel Terkait

2 comments


Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Artanti Tanti biasa di panggil Anti, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel






































































































































Mbah Suro....


EmoticonEmoticon