Saturday, February 20, 2016

Membunuh Dengan Alasan Mempertahankan Diri Dibolehkan?


Guwa hampar pasti majoriti yang mempunyai akaun Facebook pasti mengetahui kisah mengenai seorang lelaki dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gara-gara menikam seorang perompak sehingga mati di rumahnya, di Kerteh, Terengganu yer dak..?

Kisah ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa malang itu dan menuntut agar nasib beliau dibela. Tidak kurang juga yang mempertikaikan penahanan itu susulan Zulkifli didakwa mempertahankan keselamatan keluarganya daripada perompak yang menceroboh ke rumahnya.

 ***************************



Adakah dengan membunuh perompak dengan alasan mempertahankan diri adalah jalan yang betul..?

 Jika ditakdirkan, seseorang boleh menghalang perompak dengan melawan dan didapati tiada jalan lain melainkan dengan membunuhnya, maka membunuh perompak pada waktu itu adalah harus dari segi syariat.

Sememangnya kes seperti ini memerlukan siasatan maklumat lengkap dan tepat kerana hukuman akan berbeza disebabkan berbezanya keadaan seperti situasi

(1) perompak yang telah ditangkap, diikat kemudian dibunuh oleh tuan rumah atau, perompak yang dibunuh ketika berlawan dengan tuan rumah
(2) perompak yang dibunuh ketika lari dari rumah
 (3) perompak yang tersalah bunuh oleh tuan rumah seperti menembak senapang patah untuk memberi amaran, tetapi terkena tepat pada perompak
(4) dan lain-lain. 

Dalam kes abang Zulkifli ini guwa difahamkan tertuduh telah menikam 2 orang yang disyaki merompak rumahnya, dan seorang terbunuh. Bila disiasat kedua perompak itu tidak memiliki senjata yang berbahaya dan ianya berlaku di kawasan luar rumah  dan bukan didalam rumah

Dari sudut yang lain, kita sebagai umat islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak..mempertahankan diri dan maruah keluarga juga merupakan satu pembelaan bermerit yang dibenarkan dalam Kanun Keseksaan meskipun berlaku kematian ketika proses mempertahankan diri.

 ****************************

Orang Awam Tidak Boleh Menghakimi

Zaman IT ini kita ditidak boleh lari dari segala pendapat dari orang awam termasuk guwa..,  Bila kes begini berlaku orang awam akan mengkritik undang-undang yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara tanpa berselindung. adakah orang awam salah..?


Turut menjadi mangsa kutukan sudah pasti pihak polis dan juga pendakwa raya atau hakim.. Hakikatnya, Setiap kes bunuh perlu melalui prosedur yang sama tanpa ada kompromi.

Setiap kes bunuh juga dibezakan dengan pelbagai akta yang menuntut pihak pendakwaan beban pembuktian yang sangat mudah hinggalah yang paling berat.

 ****************************

Pada pandangan guwa apa yang dilalui oleh Abang Zulkifli ini adalah prosedur biasa dan meskipun beliau tidak bersalah, namun disebabkan membunuh itu merupakan suatu jenayah maka Zulkifli tetap perlu berdepan dengan hakim dan melalui proses bicara.
Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abang Zulkifli

Untuk isu semasa yang menarik korang boleh baca di ASKLEGAL


8 Orang Memberi Komen & Pendapat

Semoga keputusan hakim memihak pada abang zul.

This comment has been removed by the author.

Moga kes I I diadili dengan adil

benda berlaku sangat pantas, apa saja boleh terjadi. Moga kebenaran berpihak kepada beliau

diharap ia segera selesai dengan cara adil...takut kes ni berpanjangan x ada hujung akhirnya...

Moga urusan keluarga beliau dipermudahkan.

apa perkembangan terkini perbicaraan encik zulkiflie ni ye..


EmoticonEmoticon