Thursday, January 16, 2014

Pengalaman Menaiki Electric Train Service (ETS)



Tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia jadi dengan itu Kementerian Pelancongan Malaysia ada menyediakan pelbagai promosi untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk membuat pilihan destinasi mereka, salah satunya ialah dengan melancong menaiki keretapi menarik gak yer dak..?

Melancong menaiki ETS ini adalah dengan usaha sama dari Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)


Electric Train Service (ETS) 


Baru ini gua berkesempatan menyertai Majlis pelancaran Malaysian Tourail Packages yang bertempat di KL Sentral dan Ipoh semperna Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama RTAM. Majlis ini disertai lebih 300 orang termasuk media, pelancong dan juga Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri

Gua selaku salah seorang wakil blogger dijemput untuk merasai sendiri pengalaman pakej yang disediakan melancong dengan menaiki keretapi...memula nak join ni rasa jakun gak apa yang ada dengan pakej gini hehe..,

Hari pertama di KL Sentral kami semua yang terlibat akan menaiki Electric Train Service (ETS) menuju ke Ipoh...

So entri ini gua nak kongsi apa yang ada dengan  Electric Train Service (ETS)


********************************

Wah gua yang telah berzaman tak naik keretapi dekat Malaysia ini teruja juga dengan kemudahan yang disediakan dalam ETS ni..hehe

Benda pertama yang gua teruja ialah di dalam ETS ini disediakan Pramugara dan juga Pramugari..., kelas kau nyah..hahahaha

yang gemuk itu gua


Silap hari bulan lagi best pramugari pulak cun cun..., tapi masa gua naik hari tu takda yang cun..hahahahaha, jangan marah ek awek pramugari ETS...

Selain cik awek Pramugari yang ada dalam ETS ini.., kemudahan cafe atau kantin atau tempat lepak atau kejadah apa nama korang nak bagi pun tak kisah pokok pangkalnya ada tempat makan disediakan di KOC C.., gua tak tau la ejaannya betul ke tidak.., senang nak paham cafe ini ada di gerabak berhuruf C...ha paham dak..?? tak paham gak lantak kau...hahahaha


yang gemuk berbaju merah itu gua


Toilet dalam ETS ini juga menarik untuk gua kongsikan sebab canggih wo..., dia punya paip automatik.., bila hulur tangan je air dia keluar.., dia punya automatik tu macam gua dalam toilet gak..bila bebird keluar dari zip seluar jer air dari bebird gua keluar secara automatik..hahahaha, paham dak..? tak paham bagus..

Jamban dia pun canggih sebab menggunakan konsep vakum..., so bila kau flush je dia akan bunyi macam ini

"fyyyyyyssssssssssshshhhhhhhhhhhhhh................!!!!!"

Haa....boleh banyangkan dak macam mana bunyi jamban tu selepas flush..dia bunyi gitu sebab dia guna konsep vakum la.., ala senang nak paham macam jamban dalam kapal terbang...so siapa pernah naik kapal terbang paham la yer macam mana konsep jamban ni..hihi

Tandas ini korang boleh dapati di KOC B&E dan tandas ini direka untuk penggunaan kerusi roda dan mesra OKU.., gua dapat rasakan kemesraan yang mereka sediakan..hahhaha


Toilet ETS


Selain itu jamban dalam ETS ini bukan jenis JAMBAN BANGANG...boleh baca sini(klik) untuk paham maksud jamban bangang..

Kemudahan yang lain turut disediakan ialah CCTV, Kepala Plug, LED TV dan lain.., gua dah letih menaip..hahahaha

Apa yang gua boleh simpulkan ialah memang selesa gila naik ETS ini.., dia punya goyang pun tak ketara sangat dan tempoh perjalanan yang diambil dari KL Sentral ke Ipoh lebih kurang 2 jam sahaja.

Kelajuan ETS ini boleh menjangkau 150k/j dalam satu masa dan kau yang duduk dalam tu tak rasa sangat serius abaq ang...

Untuk keterangan lanjut korang boleh wusha




Sekian...Peace (~_^)v



12 Orang Memberi Komen & Pendapat

kenapa gambar header dngan gmbar org dalam entry ni berbeza ek ? hahahaha BOLATTT

kenapa gambar header dngan gmbar org dalam entry ni berbeza ek ? hahahaha BOLATTT

aku pengguna setia ETS dari Slim River ke KL Sentral untuk berjumpa husband tersayang. PJJ maklomlah kihkih.

Tapi memang selesa la. Bayar lebih skit dari naik bas takpe, janji selesa.

Errr ko memang nampak berisi jang kihkih.

Tapi sepanjang aku naik ETS, tak penah lagi masuk tandas. tak rasa koncing lak. Nanti aku nak try la masuk hahaha

siap review pasal tandas.. torbaikkk bro
gua x sempat nk masuk tandas. Koc C pun x sempat gi intai

paling best ETS ada plug utk charge hp, hoho

asal citer lucah jer mesti terbaca bloh ni.. hahahaa

bila bebird abis air. otomatik zip ditutup.. heheh..

maju jugak upenye. haha

betul la ujang... stewardess biasa je la kan... tapi okey la untuk cuci mata 2 jam tu kan....

Huyooo dh boleh terimacbdn smkin boolat erk.. tapi tetap unsur otak kuning dlm semua entri.. brg pe yg "hilang" dlm ETS ritu... Gamat nk mampus...

Erkkk..sy slh sorang onboard crew dlm ETS...next time naek ETS lg ea.. ^_^


EmoticonEmoticon