Friday, September 6, 2013

Perempuan Umpama Angin Bukan Sial

Gambar Hiasan
(heliza)


Gambar untuk POYO
(hahahaha)


Gua dari zaman belajar memang disayangi orang.., baik wanita bujang ataupun dah berkahwin.., erm..ok kejap fakta ni takda kena mengena dengan entri gua..hahahaha

Ni nak share satu story zaman gua belajar dulu

Alkisahnya

********************************

Lokasi : rumah sewa
Waktu : dekat magrib


"macam sial la perempuan zaman sekarang..." kata seorang kawan gua selepas beberapa hari putus cinta bersama pasangannya yang tak berapa nak cun . Matanya masih bengkak, tumis bawang terlalu banyak barang kali

"kalau aku tahu dari dulu aku tak kapel dengan dia., dah la selalu menyusahkan orang.." makinya lagi sambil membuat muka bengis tetapi menjengkelkan..,

Gua yang dah biasa dengar makian bangang dia memang dah naik menyampah..,

"apa kena dengan kau ni.." tanya gua kepada dia

" perangai dia dari dulu sama je apa aku buat semua tak betul " adu dia kepada gua

Dia tak sedar semua benda dia suka salahkan perempuan.., tapi dia tak pernah pulak nak tahu apa silap dia  buat dekat perempuan.

"Perempuan ni umpangan angin wei" gua membuat kiasan ala-ala fadzilah kamsah

"umpama angin..?" dia tertanya tanya

"kadang kala bertiup lembut..terlena kita dibuatnya, ada masanya bertukar ribut kalut kita digugahnya.., sesekali jadi taufan..kecut kita" balas gua sambil bergurau..

" u are the best la ujang " puji dia kepada gua sambil peluk
*sila kagum dari jauh


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : ingatlah martabat wanita kepada lelaki sangat tinggi...

9 Orang Memberi Komen & Pendapat

Bagaikan angin... Fuh... Gua bila sebut angin dalam kepala ingat "froooottt..." jer... Hahaha... -_-

mesti ramai gadis dan wanita suka baca perumpamaan sebegini....

patut bro ujang menjadi pujaan ramai pompuan . :P haha

ni bukan takat ramai pompuan suka baca tapi mesti ramai komen.. kehkehkeh..

tah hape² ...mende ko nk cite ni wei

imbalan Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Prof. Dr. Abd. Wahid Haron,.knal?

Bila dah marah 10 x sebut ayat sin ya lam.. menjadi oii


EmoticonEmoticon