Friday, August 2, 2013

Trailer KL Gangster 2


KL Gangster 2 merupakan satu filem yang sangat dinantikan oleh peminat filem aksi tempatan yer dak..? , Kutipan Filem KL Gangster 2 dijangka boleh menyaingi kutipan filem KL Gangster sebelum ini

Plot cerita mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila kakaknya, Zati diperkosa.


TRAILER KL GANGSTER 2





Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakun filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau. Kali terakhir Rosyam berlakun aksi ialah pada filem Castello Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau dihantarkan ke hospital berdekatan

Video KL Gangster 2 (youtube)





Nantikan dipawagam 3 Oktober ini


tags : kutipan KL Gangster, Trailer kl gangster

3 Orang Memberi Komen & Pendapat

Ternanti-nanti jugak.
Orang-orang hebat dalam movie ni.

pergh!! trailer tahap hollywood punya,...blom tgk lagi tu..


EmoticonEmoticon