Wednesday, July 10, 2013

Review Honda Civic | Pengalaman Memandu Honda Civic


Salam

Pada tahun lepas gua dijemput pihak Honda untuk menguji kereta Honda Insight keluaran terbaru mereka boleh baca SINI 

Tahun ini atas kepercayaan penuh dari pihak Honda.., gua sekali lagi dijemput untuk menyertai Program Test Drive bersama Honda.., kali ini menguji Honda Civic...vrooooom...!!!!!!!!! yeeehaaaaaaaaaaa




Seramai 21 orang blogger terpilih untuk menyertai test drive Honda Civic dan dibahagikan dengan 7 kumpulan, bermakna satu kumpulan adalah seramai 3 orang.. setiap kumpulan dibekalkan dengan sebijik Honda Civic yang berlainan jenis.., haaaa paham dak..? ('',)

Untuk pengetahuan korang Honda Civic ada 4 jenis iaitu :

- Civic 1.8S
- Civic 2.0S
- Civic 2.0 Navi
- Civic Hybrid


Bila sampai di Publica kami geng blogger ni masing-masing tengok jenis kereta Honda Civic dan tak sabar nak tahu kereta mana yang akan kita orang dapat... heboh gila habaq ang.





Ahli kumpulan gua terdiri daripada gua sendiri , Isaac Tan dan Yana Yassin dan kami dapat kereta

Honda Civic 2.0S...!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bila dapat tahu jer team gua dapat kereta Honda Civic 2.0... opkos la happy yer dak..?? nak beli tak mampu..hahaha


***********************




Lebih kurang dalam pukul 2 petang kesemua kereta Honda Civic dari Publica dilepaskan dan bermula lah pengalaman kami menguji kehebatan Honda Civic..

Lokasi yang dituju ialah Desa ParkCity tetapi sebelum itu kami akan melalui beberapa jalan yang mencabar seperti Jalan Lebuhraya..., Jalan Jem..., Jalan Berlopak.., Jalan Berbukit.. dan berjalan-jalan...hahaha

Dari Publica ke Desa ParkCity kami akan berhenti ke 3 checkpoint dimana setiap hentian akan tuka pemandu..jadi dapat la kesemua dalam satu team rasa bawa Honda Civic ni yer dak..?




Sepanjang perjalanan dari Publica ke Desa ParkCity ini antara jalan yang kami lalui ialah higway dari jalan duta ke rawang..., jalan dalam di rawang lepas itu lalu jalan yang rosak dan naik bukit tiba-tiba tembus di kundang..., lepas itu lalu jalan kampung hapa tah..dan masuk higway balik dan sampai la ke Desa Park City hahahah

Apa point yang gua nak sampaikan di atas itu bukan la pengenalan nama jalan..hihi tetapi Honda saja bawa kami semua melalui jalan yang berbeza situasi dan jalan yang mencabar untuk kami merasa sendiri apa kehebatan Honda Civic..  bila lalu jalan yang berayun dan berlopak serius tak berapa nak rasa


Bila turn gua drive macam biasa la kena poyo sentiasa..hahahahaha, gua suka betul lenjan Honda Civic ini sebab dia punya performence memang tidak  mengecewakan...terbaik gak ..!!


Bila dekat highway ada giliran yana yassin pula bawa.., tah apa menggelabah bila tengah drive tiba-tiba dia bersuara

Yana : woooo wooowo woooo
* buat suara menggelabah

Ujang : kau dah kenapa..

Yana : gila aku tak perasan dah  160km/h

Ujang :  ceh....
*sambil tengok speedometer

Yana  : ingatkan baru berapa dow..!!

Ujang : eleh....
*padahal gua pun tak sangka dah 160km/j hahahahah


Haaa nampak tak betapa steady jer honda civic ni...


***********************

Bila sampai di Desa ParkCity.. , kesemua blogger akan diberi pengalaman yang mencabar tahap-tahap kecekapan Honda Civic

Sebelum mencuba dan menguji kereta kami diberi penerangan untuk setiap ujian yang dilakukan

nampak tak muka macho-macho lelaki melayu terakhir yang kusyuk mendengar arahan..


Ujian  yang pertama ialah :


1 . Menguji tahap kecekapan brek (ABS or Anti-Lock Braking System)


- kami akan disuruh bawa laju-laju ketahap kelajuan maksimum lepas itu dia akan suruh brek..!!!! bila mana kita brek emergency disitu kita akan rasa apa bestnya ada ABS ini....fungsi ABS ini ialah bila kita brek dia tak akan terus stop tiba-tiba..kalau kereta kita stop tiba-tiba itu yang boleh jadi kereka brek terseret..!! kalau ada ABS ini dia akan stop..tapi kereta masih bergerak lepas itu dia lock tayar kereta kita.., so dengar la bunyi crittt...critttt haa gitu bunyi break dia..., nak terangkan pun susah..hahaha


2.  Menguji kepentingan VSA (Vehicle Stability Assistance)


- Fungsi VSA ini ialah dia tidak akan membuatkan kereka kita membuang bila kita tarik handbrek.,semua ini adalah kerja elektronik..dia ada sensor yang boleh kesan tahap kestabilan kereta kita.., VSA ini dia berfungsi sekali dengan ABS.. bila Fungsi VSA ini hidup..roda kereta kita akan bergerak 1 sahaja berbanding 4..ini semua jangan risau kerja sensor..dan sistem ini ada di Honda Civic..so memang POWER..!!

-Tambahan pula, VSA juga berfungsi dengan Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS). Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan membantu membetulkan keadaan dalam bentuk kaunter mengemudi semasa oversteer. Semasa understeer, ia menghalang stereng dari lebih-memotong (reducing the turn)


3. Menguji masa terpantas pemanduan


- Part ini paling best sebab kita boleh menguji tahap kesemua sistem yang ada dalam Honda Civic seperti yang kami cuba pada awal tadi.. dan lagi best pemanduan kami melalui kon kon yang disusun ala track F1..hahahah so jangan langgar kon ok.., siapa langgar paling banyak kon dia loser..!!!!!!!!!!!!!!

- apa yang best siapa paling pantas masanya akan membawa pulang hadiah wo..!!!!!!!!!


******************************

Bila habis pandu uji oleh kesemua blogger..., kami pun pulang balik dari Desa Parkcity ke Publica...penat habaq ang.

Untuk ujian masa tadi yang pertama dimenangi oleh :

Vernon

AIM (ohmedia)




Dan pemenang paling istimewa
"silicone cone killer"

ialah....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


UJANG...!!!!

Hahahahaha..serius bila ada hadiah kategori ini semua menyesal tak langgar kon banyak-banyak..., gua pun tak sangka rupanya gua adalah orang paling loser yang melanggar kon paling banyak..derm..!!!

Nasib baik dapat hadiah...hahahaha


*gambar kredit IsaacTan

***********************************


Honda Civic adalah kenderaan enjin berpetrol yang pertama datang dengan fungsi Assist ECO.  ECO berfungsi untuk membantu  kedua-dua enjin petrol dan hibrid bagi mencapai tahap yang terbaik dari segi bahan api jimat dalam satu jangka masa panjang. Apapun faktor utama ialah gaya pemanduan anda adalah salah satu faktor utama yang menentukan kereta anda mencapat tahap penjimatan bahan api yang optimum. yer dak..? senang cerita Jimat minyak la...

Untuk pengetahuan korang.., Honda Civic adalah syarikat pengeluar enjin kereta Hybrid yang pertama di Malaysia dan dengan itu Honda prihatin terhadap pelanggan mereka jadi mereka memberi jaminan bateri selama 8 tahun...!!! so no isu bateri mahal ok..hahahah

Dalam dia gua minat gak..sebab cantik ala-ala bawak kapal terbang..hahahaha




RATING.  :

Rating Keselesaan Pemanduan : 
9/10
 Keluasan Bonet :
 8/10
 Harga :
 9/10
Penjimatan Minyak :
 9/10
 Bentuk dalaman kereta : 
9.5/10
 Kerusi : 8/10

Jom layan review Video dari kami.. :



***************************

THE POWER OF DREAMS

Secara keseluruhannya pengalaman memandu uji Honda Civic kali ini memang best dan terbaik dan kena dengan tagline Honda.., untuk keterangan lanjut mengenai honda boleh ke laman sesawang mereka di HONDA.

Sekian...Peace (~_^)v


17 Orang Memberi Komen & Pendapat

bagus ek
kalau mampu nak gak pakai keta nie

syiok kete nih..adeh tp xmmpu pulak..mampu tgk jela..hihi

wahh dasat kereta neh ek. tp ku masih blom mampu nk beli satu. hehe

ada rezeki nnt nk angkut 1 :D :D :D

Ujang..honda dah invite ko dua kali..maksudnya dia nak suruh ko trade in kete la tu..hehehe

Amboi,.. kemain dialog tak leh blah. Hahhahahaha !!

Memang diorang sungguh cool kasi hadiah cenggitu kat ko....

nanti org gomen dpt keta ni ganti keta inspira ...alalalala

kehebatannya sepadan dengan harga memang terbaiklah

160km/j? had laju lebuhraya tu berapa? haha...aku ni polis trafik ekeke..gurau je bro..

Best! Suka kat ayat woo woo woo dah 160km/j....Kui3...dah sedap tekan minyak sampai tak rasa meter mencanak naik...hehehe

kalau dapat beli sebijik memang habis direnjan . hehe

arghh..aku x puas hati ko menang hard disk...

Mengalami keterujaan yang amat tinggi. Oh kereta idamanku!

kapan saya bisa membeli mobil...

sangat menarik untuk dibaca artikelnya


EmoticonEmoticon