Thursday, March 7, 2013

Review Filem Cerita Kita






Isnin lepas gua sempat join majlis Pra Tonton Filem terbaru MIG iaitu Cerita Kita yang dilakonan oleh Yana Samsudin, Fezrul Khan dan juga Pekin Ibrahim...dibantu oleh Along Ezendy dan Shima Anuar

Filem Cerita Kita ini ialah arahan pengarah yang memang makanan dia filem romantik iaitu Pierre Andre




SINOPSIS :

 Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.

 Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.

 Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?


**************************



Review Filem Cerita Kita

- Secara peribadi bagi gua  filem ini walaupun agak ringan tetapi pengarah bijak main suasana antara satu babak dan satu babak..., Kekadang buatkan kita tertanya sama ada yang dia ni baik ke jahat.., kenapa dia tipu bla bla bla..nak tau apa yang jahat dan tipu kena tengok la ok..hehe

- Lagi satu gua suka camera dia..cara filem ni punya camera shoot memang best...gua tak tau la dalam filem orang panggil apa yang pasti gua sendiri tau maksud gua..hahaha

- Babak dalam filem ini kekadang rasa sengal je dengan dialog dan mimik muka..lagi-lagi si Fezrul Khan tu..memang menjadi la watak dia.. walaupun idea romantik yang ada pada filem ini orang dah biasa tengok..tetapi sebenarnya masih boleh diguna pakai untuk ngorat awek..hehe

- Lakonan bersahaja Pelkin memang terbaik..menggunakan muka yang selamba dan boleh menjiwai watak yang dilakokan secara tak langsung bermain emosi dengan penonton..

- Yana Samsudin seperti biasa memang kena dengan wataknya..Yana Samsudin gua tengok makin matang dalam setiap watak yang diberi..walaupun dia dah tua tapi berjaya membawa watak yang bawah dari umur dia..hahahha... 

- Pendapat gua filem ini boleh ada sambungannya sebab babak akhir cerita ini agak tergantung walaupun happy ending..kalau pengarah nak buat sambungan pun boleh..hehe



" Dulu saya bodoh gila tak tau apa itu bidadari..tapi bila tengok awak baru saya tau apa itu bidadari..('',) "



**************************

Rating
4.2/5

Sekian Peace 


Tags : Cerita Kita , review filem cerita kita, pelakon filem cerita kita, pengarah filem cerita kita, sinopsis cerita kita.

3 Orang Memberi Komen & Pendapat

menarik jgk jalan cerita dy, lagi2 bila ada YS, mesti meletup :)

Lately dgr iklan dlm radio pasal cite ni.. x rasa nk tgk pon.

Bila dh bace review skit psl filem ni... buat rasa teringin nk p plak tonton hujung minggu ni..


EmoticonEmoticon