Friday, March 15, 2013

Pameran Sultans Of Science


Baca tajuk ada Sultan jangan sesekali kaitkan dengan Sultan Sulu ok... no no no..hehe.., Sebenarnya minggu lepas gua ada pergi ke Petrosains untuk tengok Pameran Sultans Of Science.

Siapa yang tak tau pameran ini sebenarnya telah berjaya menarik minat dari pihak luar..apa yang membanggakan lagi kita sebagai orang Islam patut bangga kerana di pameran ini kita disajikan dengan pelbagai ciptaan dan penemuan saintifik yang semuanya ditemui orang Islam ketika Tamadun Islam zaman dulu.

Pameran ini sebenarnya berlangsung selama 6 bulan dari 15/12/2012 sehingga 15/6/2013... jadi sempat lagi kepada sesiapa yang nak bawa keluarga melihat pameran yang sangat luar biasa ini.


**********************

Di awal pameran kita akan disajikan dengan beberapa persembahan atau pengenalan asas dalam bidang sains..


Gambar diatas adalah salah satu demo yang ditunjukkan bagaimana tarikan graviti itu wujud.


Selepas pengenalan kita disajikan dengan pertunjukan silap mata oleh Edison Lim

ILMUAN

Abbas Ibn Firnas, seorang pakar dalam pelbagai bidang dari Sepanyol adalah manusia pertama yang melakukan penerbangan pada 880SM dengan menggunakan peluncur yang di perbuat daripada buluh, fabrik dan pelepah burung helang.

Sementara Hazarfen Ahmad Celebi pula merupakan seorang sainstis penerbangan berbangsa Turki yang berjaya melakukan penerbangan tanpa tenaga dengan stabil pada abad ke 17

Gambar bawah ini gua mencuba gaya gerakan terbang seperti burung.. hebat abaq ang


Di pameran ini juga gua sempat mencuba permainan TANGRAM.. mesti ada yang tak tau apa menatang ni yer dak..? macam gua gak la tak pernah main... hahahaah.. TANGRAM ini adalah permainan cina kuno yang meningkatkan daya berfikir dan konsetrasi...nampak senang tapi susah wo






*************

Harga tiket Sultans Of Science  :


Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh wusha website dorang di SINI  <--- nbsp="">


Sekian Peace (^_^)v


p/s : pameran sultans of science, ilmuan islam

6 Orang Memberi Komen & Pendapat

Oke.nanti nak pegi. penah masuk skali je Petrosains.mmg best.berilmiah tempat tu.

petrosains?? gile lama x masuk sane.. huhh

kebetulan esok nak serbu klcc, boleh lah serbu petrosains skali :))

bila dia nak buat promotion free eyk?

salam...saya dah follow awak,boleh awak folloe saya balik..thanx so much.


EmoticonEmoticon