Thursday, January 17, 2013

Kenduri Kahwin Hebah bukan Heboh !!

Gambar Hiasan


Sekarang ni ramai kawan-kawan gua yang dah nak kawin...dan ramai juga yang telah selamat berkahwin...('',)

Melalui majlis kenduri kahwin, kita dapat tahu sejauh mana rapatnya hubungan kita dengan saudara mara dan kenalan yang lain yer dak..?

Masa kenduri kahwin nanti akan ramai sahabat-sahabat lama yang dah bertahun tak jumpa tapi mereka datang juga. Ada yang datang dari jauh semata mata meraikan jemputan kita. Ingat bila dijemput wajib datang kecuali keuzuran..('',)

Majlis kenduri sebenarnya tak perlu pembaziran., jika ada lebihan wang kita boleh gunakan pada kerja lain yang lebih mendesak. Majlis kenduri kahwin sekadar melahirkan rasa kesyukuran dan penghebahan selain tanda syukur "masjid" telah didirikan dan terhebah anak kita sudah dinikahkan

Pembaziran ini kita taknak sentuh golongan sederhana dan miskin.., jika dorang membasir itu lebih parah yer dak..? Tapi itulah yang selalu kita dengar..siap ada bergolok gadai, berhutang untuk adakan majlis yang di luar kemampuan...derm..mintak jauhkan la ek.

Kita tengok pada golongan menengah dan keatas, mereka yang kaya dan masyuk. Buatlah kenduri sekadar mencapai tujuan dan keperluan bukan atas dasar kemahuan. Di tangan anda ada prioriti lain yang lebih besar. ('',) mungkin akan ada orang cakap

"Tapi mereka mampu"

Dr Yusuf Qardawi pernah menegur golongan yang saban tahun mengerjakan umrah sedangkan wang yang dibelanjakan itu boleh disalurkan untuk tujuan yang lebih urgent antaranya membantu umat Islam yang lain di sudut makanan, pendidikan dan keselamatan.

Pendek kata kenduri kahwin ini untuk hebahan bukan hebohan...('',)

Sekian dari saya Ust Azfar Roslan


Sekian...Peace (~_^)v




p/s : susah nak bendung dah zaman sekarang dalam pembaziran di majlis kenduri kahwin



20 Orang Memberi Komen & Pendapat

jodoh kita adalah yang terbaik yang telah ditentukan

kurusnya kau ujang sblm kawen. lps kawen mcm dipam-pam. ape cer der?

buat majlis sederhana dah cukup. janji x menanggung hutang pas nikah. nak hidup selepas tu lagi lame berbanding majlis sehari dua tu.


#sonang cakap, ikut kemampuan masing2. sonang idup!!

uzt azfar gituwww...hihi....tp tu la realiti skang, sume nk wt mjlis bsr2..sy pun berangan nk mjlis yg ala2 wedding of the year gitu..hahahahaha

assalamualaikum ujang...betul tu jangan membazir buat kenduri besar2 yg penting akad nikahnya....kenduri kecik2 cukupkan...:)

sederhana pon 15 ribu tak lari la bang. kecuali, buat makan2 untuk seratus orang je

tak membazir tak meriah la..membazir baru lah meriah..heheheh

tak membazir tak meriah la..membazir baru lah meriah..heheheh

cer tengok raikan cinta, pergh..banyak membazir..orang berduit tak kisah :)

jang, bila la aku nak kawin.haha

Haha, suka gambar last tu. Sweet nyaaa!

payah nak jumpa majlis kahwin yg ikut syariat dan x membazir..
dalam x membazir tu, harga barang makin mahal, dah tak bleh watpe..
dulu2 mak pak kita kahwin, majlis meriah walaupun belanja kahwin 3,4 ribu.. bertahan lebih 10,20,30 dekad pun walaupun belanja tak semahal skrg..

jodoh, menjodohkan, dijodohkan, penjodoh, penjodoh bilangan...hahaha

nice post this one. eden share ye... :)

hihihi..i bakal kawen..hope tak la sampai membazir..amin.. ^^

yang takde pelamin, kompang, DJ, lagu, karaoke, hanya kenduri doa selamat dan cenderahari sikit pun dah dekat rm10k sekarang ni. tu yg golongan kurang mampu buat. bayangkan yang ade pelamin, DJ, kompang, etc etc bape puluh-puluh ribu pulak..

http://hanidamoss.blogspot.com/

Salam hormat,

Membazir!
Apa sukatan yang kita guna bila mengukur samada mereka membazir atau tidak membazir (cukup)?

Saya berpendirian memberi makan seberapa ramai kawan dan saudara sempena menghebahkan pernikahan dengan aksesori tertentu (kebanyakan sewa sahaja) belum boleh diistiharkan perbuatan membazir. Manakala mengambil wuduk di sungai dengan cara yang berlebihan pula yang boleh dikira membazir.

Inilah persoalannya, bukan jumlah yang digunakan sebagai ukuran pembaziran.

Perhatikan ungkapan berikut;

Beli satu, guna satu - bukan membazir
beli 10,000 guna 10,000 - bukan membazir
beli 2, guna 1 - membazir 1
beli 1 juta guna 0.9 juta - membazir 0.1 juta
beli 10 guna 5 - membazir 5
beli 11 guna 10 - membazir 1

Persolah seterusnya ialah memilih yang lebih utama. Menunai haji untuk kali ke-2 dan seterusnya boleh dikategorikan mengambil hak orang lain untuk menunaikan haji yang pertama kali. Jika tiada koata haji, tak apa lah...

hanya tuhan yang maha megetahui.

Kurus nyer Ujang zaman dulu2.. hehehe

peninggg fikir kenduri kahwin sebab nak budget berapa nak guna. Haha. Aku rasa yang memeningkan kepala ialah part adat/amalan. Kalau langgar je adat agak2 kena sekeh x dengan org dewasa. Hehee


EmoticonEmoticon