Wednesday, November 14, 2012

Review Filem SEPAH THE MOVIE


SEPAH THE MOVIE


Hari isnin hari itu gua sempat join Pra Tonton Filem Sepah The Movie di e Curve..., nak bagitau ni Pra Tonton ni bukan bermaksud tengok movie ni separuh jer tau.., tapi full movie.. ramai gak rupanya ingatkan Pra Tonton ni ala-ala tengok trailer jer..tak tak ..bukan bukan..pra tonton  ni maksudnya sebelum filem ini keluar wayang syarikat perfileman ni panggil orang-orang hensem untuk tengok filem ni dulu..ha gitu..('',)

Sebelum ini judul filem yang keluar dari nama kumpulan hanya SENARIO..,pasti ramai yang kenal yer dak..?? kali  ini SEPAH yang namanya cukup gah juga bakal keluar FILEM terbaru..

Filem Sepah The Movie ini adalah arahan daripada MP Roslin Md Sharif..lagi hebatnya ini merupakan filem pertama arahan berliau...good luck bro..('',)


***************

Review Filem SEPAH THE MOVIE

- Filem ini agak ringan dan sesuai untuk tontonan semua.., filem ini idea asalnya dari ahli kumpulah sepah sendiri iaitu si JEP

- Secara peribadi sepanjang gua tengok Sepah The Movie ni banyak gak gua gelak la.., lagi-lagi dengan dialog si JEP..memang jahanam bahasa dia buat..hahahah

- Hebatnya filem ni pastinya dengan adanya 3 orang ahli kumpulah SEPAH..., selain itu lakonan Jihan Miskin memang menjadi sebab gua benci gila tengok dia dalam filem Sepah The Movie ni..hehe.. si Anzalna ni gua memang suka lakonan dia sejak gua tengok drama apa tah tajuk dia.. gua iklas suka dia ni bukan sebab dia cun..hehe

- Apa yang uniknya filem ini ialah ada unsur Lawak, Sedih, dan juga Aksi...tapi bila bab sedih tu gua masih nak gelak gak sebab si JEP ni memang muka lawak...

- Tahniah gua nak ucapkan dekat pengarah kerana berjaya membuat filem ini..tapi sayangnya kerana filem SEPAH THE MOVIE ni lambat keluar di pawagam..kalau keluar masa SEPAH tengah hot dulu mesti meletup.., tapi nak buat macam mana sebab benda-benda yang tak dapat di elakkan jadi keluar la SEPAH THE MOVIE pada 29 November 2012


Filem ini akan buat korang tertanya

- Ayu Sofea(Anzalna) akan pilih siapa untuk menjadi pasangan hidup ?? adakah Jep.., Mamat.., Shuib ataupun Based(jihan miskin)

Nak tahu jawapan dia tengok la di Pawagam pada  :

29 November 2012

Anzalna 

RATING LAWAK

4.5/5



Sekian...Peace (~_^)v


****************

p/s : comel gak wei si Anzalna ni..kalah neelofa..hahahaha


tag: Sepah The Movie, Pengarah Sepah The Movie, Pelakon Sepah The Movie, poster sepah the movie, anzalna

10 Orang Memberi Komen & Pendapat

alah hai,owang hensem jer ke leh tengok pratonton??sedih!!!:(

bakal ganti senario ni

Ingat Sepah dah berpecah? bila diaorg shot movie ni?

apsal nampak gumuk ek.. ke baju tu besar.. ;)


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

control peliss depan anzalna..bahahaha


EmoticonEmoticon