Wednesday, September 5, 2012

Review Filem SALAM CINTA


Semalam gua berkesempatan join Pra Tonton Filem ke 63 MIG iaitu SALAM CINTA yang bertempat di TGV Sunway Piramid.

Seperti biasa tak ada beza dengan Pra Tonton Filem lain majlis dihadiri oleh rakan media, artis dan juga rakan blogger bersama dengan penonton lain.

Jadah apa skema gila pembukaan entri gua ni..?? hahahaa



********************

Review Filem Salam Cinta

- Filem terbaru arahan Azhari Zain kali ini bagi gua best gak.., kalau filem seram dia sebelum ni kurang sikit..hihi..,

- Untuk filem genre Romantik Islamik ini bagi gua antara terbaik jika dibandingkan dengan filem azhari zain sebelum ini iaitu 7 Petala Cinta

- Lakonan Kamal Adli dan Diana Amir dalam filem ini memang bagus terutama sekali Kamal Adli..gua minat pulak tengok lakonan dia dalam filem ini..hehe

- Selain itu penyeri filem ini ialah dari lakonan lawak Syuk Balas, memang best jugak la lawak dia..menjadi..hahaha

- Filem Salam Cinta ini ialah filem pertama Diana Amir selepas berhijrah ke imej berhijap..('',)

- Bagi gua filem ini sangat penuh dengan pengajaran kepada Artis..., Peminat.., Pengarah.., Wartawan..,Keluarga dan juga kepada BLOGGER..!!! ('',) Filem ini secara halus membantai blogger juga kerana ada segelintir blogger yang suka update cerita gosip artis..hahaha sian depa..

- Dari Filem ini juga baru gua sedar sebenarnya ada gak artis yang masih menjaga maruah dan ramai juga artis yang telah mendekatkan diri ke jalan ALLAH..terbaik kepada yang telah berubah.., dan dalam filem ini ada juga tekankan Artis sebagai ikon yang ramai peminat boleh berdakwah dengan cara di filem..

- Babak yang paling gua suka ialah bila Diana Amir buat sembahyang istiqadah dan memohon doa kepada ALLAH untuk teruskan ke tak hubungan dia dan dia mendapat jawapan lepas tu sujud syukur..!! derm..memang best babak tu..gua siap dengar awek sebelah menangis..hahahaha..



********************

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 September ini.


Kepada sesiapa yang nak 2 tiket FREE dari gua untuk menonton filem ini.., bagi gua 2 nama pelakon utama dalam filem SALAM CINTA dan jangan jawap dekat sini..tapi hantar jawapan di mesej Facebook gua.., 

UJANG <- SINI
*area lembah klang sahaja
* siapa terpantas hantar jawapan dia la pemenang ok..!


Assalamualaikum bakal Imam Ku...
Waalaikumusalam bakal Makmum Ku...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  Perempuan akan suka dengan perubahan seorang lelaki dari negetif ke positif

13 Orang Memberi Komen & Pendapat

whhh... macam nak tonton jugak ni...

eh2 tangan yien tu..kena kredit kat yien.. :) bak pic lainnnnnnnnn

tak minat tgk wayang..lalalala

bg je la tiket kt aku.tak payah kontest2

istikharah... u mean this? hehehe...

kena tgk ni kalau dah ade org nangis... hehehe

diana amer ada blakon 7 petala cinta lepas die bertudung...tp bukan main actress la...^_^

hamba allah,

Assalamualaikum bro.. bukan sembahyang istiqadah, tapi solat istiqarah..

saper awek sebelah yg menangis tu? mcm boleh agak jer saper...hahahha

syoknya tengok wayang,aku tonton kat tv jer..kelantan mana ada pawagam..


EmoticonEmoticon