Wednesday, August 15, 2012

Biodata Sean Gan Giannelli

Sean Gan Giannelli

Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli kini menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan.

Jom kita tengok dulu Siapa Sean Gan Giannelli ni


*************************

Nama: Sean Gan Giannelli

Umur: 15 tahun

Posisi: Penyerang

Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia. (Bapa
org Itali, Mak org Malaysia)

Sekolah: Sekolah sukan bukit Jalil

Pengalaman: Menyertai skuad Malaysia U14,
Malaysia U16 dan Malaysia U17.

Cita-cita: Menyarung jersi Harimau malaya dan
menjadi pemain professional.

Jurulatih Individu : Ujang9897

*************************

Selepas Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam, kini seorang lagi pemain bola sepak Malaysia berjaya menawan kelab luar negara.

Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya
menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan.

Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas
menjalani percubaan pada Jun. "Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya," katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona. Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.- Bernama

*************************




Sekian...Peace (~_^)v


tags : tempat lahir sean gan giannelli, pemain muda remaja di luar negara, pemain remaja negara di italy, biografi sean gan giannelli, tempat lahir sean gan giannelli, tinggi sean gan giannelli, umur sean gan giannelli

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

ingat pure malaysia... (~_~) syabas...

1st time tgk dia... memang dah bukan kaki bola.. huhuhu

cumil la dak nih..hahaha

**pergh!!xtahan tgk nama jurulatih individu tuhh :p


EmoticonEmoticon