Friday, July 27, 2012

Kita Baca Tapi Tak Paham


Salam Jumaat.,

Gua pasti semua umat Islam mesti hafal bacaan duduk antara dua sujud yer dak..? tapi gua tak pasti semua paham maksud dia ke tidak..

Sekadar berkongsi sahaja..bukan niat mengajar...

******************

Rabbighfirli - ALLAH meluaskan pintu taubat , tetapi kenapa tidak mahu bertaubat?

Warhamni - ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya , tetapi kenapa yang haram tetap di teruskan ?

Wajburni - Meminta ALLAH menutup aib2 mu , tetapi kenapa suka mengumpat ?

Warfa'nii - Meminta ALLAH mengangkat darjat mu , tetapi kenapa sombong dengan si miskin ?

Warzuqnii - Rezeki ALLAH Maha Luas, tetapi kenapa suka mengambil dengan cara yang haram?

Wahdinii - ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah , tetapi berapa ramai yang buat-buat tidak tahu ?

Wa'aafinii - ALLAH beri kita kesihatan yang baik , tetapi kenapa digunakan dengan cara yg tidak berfaedah?

Wa'fuannii - ALLAH Maha Pengampun , tetapi kenapa masih mengulangi kesilapan yg sama ?

******************

Kita meminta pada ALLAH selalu setiap kali solat , tetapi kita sendiri tidak mahu mengambil iktibar apa yang jadi dalam diri kita. Tanya pada diri kita sendiri, sudah yakin kah solat kita diterima ALLAH ? Lakukanlah yang terbaik bukan sahaja didalam solat, lakukanlah jua diluar solat.

Kalau kita fahami setiap bacaan dalam solat kita insyaallah setiap kemungkaran yg akan dilakukan akan terhalang


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : kalau gua ada buat silap mohor tegur..kritik dan teguran berbeza sket ok..hihi


11 Orang Memberi Komen & Pendapat

Thanks dgn info ni.. Maybe pernah ingat semua ni tapi tak amal, jadi lupa.. Ape ape pon terima kasih

terima kasih atas perkongsian ilmu

indahnya bacaan dalam solat, kan :)

baca tau maksud x tau byk. nice sharing. :)

yup..mmg tu la realitinye..slalu tau bace jer..mksd mmg xtau..huhu

baru tahu pasal ni.. terima kasih...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/sentap-ramadhan-aurat.html

hmm, ramai org amek remeh pasal ni. pasal bacaan dlm solat.

pkongsian yg bagus.
keep it up !^^,


EmoticonEmoticon