Thursday, May 10, 2012

Review Filem Man Sewel Datang KL



Semalam gua pergi Pra Tonton filem "Man Sewel Datang KL" di ecurve bersama dengan adik gua dan beberapa rakan blogger yang lain.

Event tu di sambut meriah dan semua tetamu dapat layanan yang cukup best.., siap dapat T-shirt lagi.., tahniah untuk produksi filem ini dengan layanan yang diberi.

Erm tapi dekat sini gua nak Review mengenai filem tu boleh dak..?? iklas ni..('',)

Review Filem

"Cita sini abis sini la ek"

Ok secara peribadi..,di ulangi ok, secara peribadi bagi gua Filem ini macam tak layak untuk di filemkan.., keluar di tv pun dah ok..sori sangat-sangat

Kenapa..??

- Filem ini apa yang gua nampak bahagian editing sangat teruk., satu babak tu nampak sangat potong-potong..,maksudnya babak tengah minum air tu di cut lepas tu sambung balik..terlalu nampak sebab view yang sama..,  mungkin gua silap sebab ni bukan bidang gua tetapi terlalu nampak sangat.('',)

- Pencahayaan pun tidak memuaskan.., gambar yang keluar agak gelap dan gua tak pasti silapnya dekat mana sebab gua tak reti sangat belakang tadbir ni..hehe, ibarat macam guna kamera yang murah..gua rasa filem underground punya view lagi ok...

- Sound filem ini pun agak kurang memuaskan.., lagu background kekadang terlalu kuat ianya sangat menjengkelkan..hurm..mengganggu konsesterasi penonton..hee

* jadi kesimpulan 3 di atas ialah bahagian penyunting kot yang amik remeh benda ni..,ini FILEM tau..penting semua tu..(pendapat)

" Cite sini abis sini la ek.."?

Selain atas tu.., susunan jalan cerita pun ada beberapa babak yang menjadi tanda tanya..

" bila masa pulak kawan si man sewel ni kikis duit dia..?? yang kikis duit dia si nadia"

" kenapa tangan salim boleh cedera bila kena kejar polis"

" takkan la lelaki tak boleh beza perempuan dengan bapok.., dan raba payudara baru tau itu lelaki..derm..!! "

" kenapa man sewel boleh kecewa dengan SITI bila dah tunang ? sedangkan dia dah suka dekat nadia"

" macam mana nora boleh simpan surat yang siti kirim untuk man sewal dekat KL? macam tau2 pulak akan jumpa"

dan lain2.

**********************


Walaupun begitu dari sudut positif gua boleh puji gak la lakonan SHUIB SEPAH.., ini filem pertama dia jadi boleh diberi pujian...berjaya juga la buat gua gelak..,tetapi lakonan razali husin kureng sikit

Jalan ceritanya walaupun biasa2 sahaja tetapi ada beberapa mesej positif untuk penonton antaranya yang gua dapat ialah jangan curang dengan kekasih dan tamak nanti melepas, jangan dok bangang berhabis duit untuk awek.., jangan mudah percaya kawan .., jangan terkena kejutan budaya.., dan lain2

Erm...nak ke gua review lagi..hehe, kalau orang dalam filem Man Sewel Datang KL ni baca sori la ok.., kalau tak suka gua boleh edit nanti roger jer gua.., kurangnya korang dapat tahu apa kesilapan..('',) penonton datang ke panggung keluar duit nak tengok hasil yang berbaloi..tiket wayang sama jer harga yer dak..??

Apa pun tahniah kepada semua belakang tadbir yang menjayakan filem ini.., semoga terus maju.


FILEM MAN SEWEL DATANG KL 
31 Mei 2012


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : jangan tak ajak gua tengok wayang dah la..hee

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

aku sbnrnye agak setuju... cume aku nk betulkn skit, rsenye bukan julia la ujang.. tp nadia.. tq

hurmmm... nampaknya diorang mengharapkan si SHUIB tu sebagai daya penarik orang nak tengok citer nie... huhuhu

Kepenatan nak tunggu habis semalam.. Mula mula jer best..:(

oho, tu la mula2 time datang KL tu cam syok...tp start dah part2 jenayah n Siti Sarah tu cam agak mengarut...

jemput baca review di Kakiwayang.com juge...=)


EmoticonEmoticon