Wednesday, March 7, 2012

Zaman Kegemilangan Di Bangku Sekolah


Setiap orang ada zaman kegemilangan mereka yer dak..?? tak lupa juga kepada gua yang ada zaman kegemilangan pada zaman persekolahan . Tapi bagi budak NERD atau yang skema tahap gaban mesti takda zaman kegemilangan pada zaman sekolah yer dak....hahahaha

Sebut pasal zaman kegemilangan ini kalau jumpa kawan sekolah lama bila lepak mesti best bila buka cerita zaman persekolahan kan.., lagi-lagi yang duduk asrama. Gua dulu bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Ampangan Seremban, memang banyak kenangan indah di sekolah tu.

Gua kalau jumpa kawan sekolah teknik gua mesti takda benda lain borak benda yang sama jer.., kalau jumpa geng asrama mesti bukak cerita pasal kena pelempang jepun dengan warden.., tak pun cerita FLY tengah malam.

Tapi gua paling suka bila buka cerita kenangan zaman kegemilangan Bola Sepak di sekolah.!!! hehe.


*********** 

Sebelum ke teknik ampangan gua sekolah di bandar baru bangi selangor..,tak banyak sangat kenangan bola sepak di sekolah bangi sebab asyik kantoi di peringkat daerah..hehe. Yang paling banyak kenangan bila di Teknik Ampangan (form4-5)


Di teknik ampangan gua bermain pada posisi pemain tengah dan juga penyerang.., bezanya main bola peringkat daerah di negeri sembilan dan selangor ialah setiap pasukan tidak bermain disatu tempat tetapi akan merantau ke setiap sekolah...ala-ala liga super sekarang la..



Gambar kenangan sebelum perlawanan menentang SDAR(sek dato ampuan rahimah)
(SMTA 2 -0 SDAR)


Gambar kenangan sebelum menentang S.M.RANTAU
(SMTA 1-1 S.M.RANTAU)


Gambar kenangan sebelum menentang SMTTJ (teknik tengku jaafar)

FINAL
 SMTA 1 - 0 SMTTJ


Juara Peringkat Daerah


Pada peringkat negeri gua bermain di TAMPIN, Sekolah teknik ampangan masuk FINAL juga, tetapi kalah kepada pasukan Sekolah Projek Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan iaitu STAD (sekolah tengku ampuan durah) yang dianggotai oleh 2 pasangan kembar iaitu Aidil Zafuan dan Zaquan Adha...grrrrrrrrrr


 ***********

Kenangan pada zaman persekolahan memang indah dan pelbagai cerita...


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : sekarang main bola 5 minit dah pancit..hehe



18 Orang Memberi Komen & Pendapat

kenangan yang x leh dilupakan

sek teknik ampangan? laaa.. depan dengan skolah guwe dulu haha... rmai member skolah teknik tu.. mesti ko kenal kan jang.. tu pun kalo ko lahir tahun 1984... hehehe

kenangan dalam kenangan
banyak kenangan yang akan dikenangkan hehe
jasamu dikenang

lu pun skolah teknik ampangan? tahun brapa beb? gua 2004-2005

Gua tahun 2002/2003 ('',)

wah.. kira terer la ni main bola dulu2 :D

tapi time tuu aidil beradik tuu tak dikenali lagi... ekekeke~
dan time tuu ko kurus lagi....
hoho!

lucu la pulak tgk baju jalur2 tu...apa2 pun cayalah Ujang!

hebat la ko jang...
www.gsr2u.com.my/mullah

ni tahun berape tuh??
mana la tau kita ni sekelas..kih kih ;)

ni kire nak ckp final kalahkan sekolah gua la(sttj)..mmg sekolah gua x puas ati la ngan sekolah lu bro..hahhaha..tahun bile tu form4-5??

bju jalur kuda belang..hihi..peh,yg atas semua mng..mmg terbaik...

gua form4-5 tahun 2002-2003..tahun hebat teknik ampangan dari bola,ragbi dan juga olaraga..=)

dengan gaya tak berapa gedik..

"aaa...aidil..aaaaa..zaquan..aaa"
"i peminat no satu uolss..."
"aaaa"

ok.sekarang dua dua dah kawen artis.
sekian.


EmoticonEmoticon