Saturday, November 5, 2011

Skrip Ujibakat Pilih Kasih Musim 3

image 
 Join Blog Suhan Movies di SINI

 Kepada sesiapa yang teringain pergi ke Ujibakat Pilih Kasih Musim 3, sila bersiap sedia hafal dahulu skrip yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Disini gua kongsikan antara skrip yang telah disediakan, dan untuk lokasi ujibakat pilih kasih musim 3 klik  




Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Fauziah Nawi)

Skrip 1.

Mat:
Terima kasihlah sebab Anna selalu berbelanja kat tempat saya.
Anna:
Apa sangatlah,lagi pun saya memang suka berbelanja disini,awak baik,tak berkira
Mat :
Tiap kali Anna beli ikan saya memang timbang lebih untuk Anna sorang saja.
Anna :
Awak memang baik hati,.isteri awak kak Mun pun baik sangat.Kak Mun suka makan laksa air tangan saya,3 kali seminggu kak Mun mesti datang makan laksa kat gerai saya.
Mat :
Tau,memang sedap, dapat rasa bagus juga…boleh saya bagi ikan setiap hari untuk Anna….bukan setakat ikan nak apa pun boleh mintak saje.
Anna :
Saya cuma minta satu saje.
Mat :
Bukan setakat satu banyak pun tak apa,mintaklah apa pun dengan senang hati saya beri
Anna punya pasal.
Anna:
Jangan hina saya jangan hina kak Mun isteri awak.
Mat :
Kata minta satu,itu dah dua….lagi pun ini bukan penghinaan…penghargaan untuk awak Anna…awak masih menawan…kak Mun tu pulak…kenalah sedar diri…tak pandai jaga diri…lagi pun kalau saya ketempat lain dia tak payah kerja lebih…kan itu namanya perihatin terhadap isteri… apalah nak berkira sangat Anna bukan nya anak dara dah janda dua kali…
Anna :
(Lempang Mat) Kurang ajar…kalau kau ajak aku kahwin dengan kau mungkin aku pertimbangkan…memang aku dua kali jadi janda tapi bukan maknanya aku ni kemaruk atau barang murahan sampai terpaksa melelong diri…kak Mun isteri kau yang setia dan ibu kepada anak anak kau tu sepatutnya tak kawin dengan manusia macam kau yang tak tau menghargai dan menjaga amanah yang Allah berikan pada kau.
image


Skrip 2.

Ramli:
Sampai bila aku harus menunggu jawapan kau Lina?
Lina:
Sabar….sabar itu separuh dari iman…
Ramli:
Aku tau tapi …aku dah tak larat lagi….aku hanya nak jumpa mak kau….aku tak mau dikata orang tak beradap…tak bersopan….kita orang Melayu beragama Islam….
Lina:
Selama ini kita tak pernah buat sesuatu yang diluar batasan….
Ramli:
Betul….tapi aku lelaki Lina…
Lina:
Maknanya kau tak beriman….
Ramli:
Jangan cakap pasal iman atau tak beriman….ini kali akhir aku nak cakap…Lina aku mencintai kau…aku mau mengambil kau sebagai isteri ku yang sah….aku nak jumpa mak kau untuk meminta persetujuan dan restunya.
Lina:
Tapi Ramli….
Ramli:
Aku tau…kau sebenarnya hanya nak mempermainkan perasaan aku saja….aku sedar siapa diri aku…aku tak kaya…tapi aku janji aku akan berusha untuk membahagiakan kau….
Lina:
Aku tak pernah fikirkan semua tu….tapi…bolehkah kau terima mak aku seperti kau menerima aku….mak aku tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni…aku saja yang dia ada…bolehkah kau dan keluarga kau menerima aku dan mak aku….
Ramli:
Bila aku menerima kau Lina…mak kau adalah mak aku juga….aku lebih sanggup mati dari mengguris perasaan mak kau dan terlebih lagi kau belahan jiwa ku.

image
Skrip 3.
Yam:
Minumlah…kopi kosong …(pause) air berbuih tu tak sempat nak beli….
Jali:
Kau ingat aku mentekedarah air buih tu je….aku sakit kepala ni…
Yam:
Cakaplah…mari sini Yam picit…
Jali:
Hei bodoh…sakit kepala aku ni tak kan baik dengan picit….
Yam:
Kau jangan nak bodoh bodohkan aku…aku bukan bini kau tau…makan kau pun kadang aku yang bagi…
Jali:
Nasib baik hari ni aku cuma sakit kepala sebab Akob…kalau tak kau dah lama makan penampar aku .…
Yam:
Apa halnya dengan Akob….
Jali:
Dia dengan Saleh dah kebas ayam ayam aku….tak cukup itu kawasan aku pun dia dah masuk…
Yam:
Nak pening buat apa ….Yam kan ada…cakap je berapa ayam yang kau nak…pasal kawasan nanti Yam cakap dengan Pok Him…tau le dia mengajar Akob dengan Saleh…
Jali:
Ini yang aku sayang kau ….
Yam:
Sudahlah kau….jantan macam kau dah berlambak aku jumpa…sayang kau orang tu macam gulai tak cukup garam…macam nasi mentah tak bertanak….
image

Skrip 4.
Suami:
Masa nilah talipon kena potong….aduh…sakit sakit….
Isteri:
Sebelum sakit tak nak jaga….tanggong lah sendiri sekarang….
Suami:
Awak jangan nak panaskan hati saya lagi…nama saja isteri tapi langsung tak boleh nak tolong ringankan beban suami….
Isteri:
Apa yang saya tak buat untuk kita bang….cakap….segala benda saya yang nak fikir… mana termampu bang …
Suami:
Kalau macam tu diam boleh tak… jangan nak tambah beban aku….
Isteri:
Bang… masalahnya abang tak pernah peduli pun….cukup ke tak cukup duit yang abang bagi….pandai pandai sayalah….
Suami:
Awak nak berapa ribu…kalau macam tu kenapa kawin dengan saya…carilah orang kaya…
Isteri:
Saya ingat abang kaya…rupa nya…maafkan saya bang….buat apa abang nak marahkan talipon kena potong…TM dah bagi peringatan banyak kali….abang buat tak tau…buat dek je…Sila jelaskan bil anda untuk mengelakkan perkhidmatan anda tergendala….sikit punya baik ke TM tu…servis abang nak tapi abang tak nak bayar servis yang dah abang guna…
Suami:
Yang awak sokong sangat TM tu kenapa?
Isteri:
Mestilah bang TM dah bagi servis yang hebat…kalau cakap commercialnya…TM menghubungkan anda dimana saja anda berada… dahlah saya dah bayar bil tu…tunggulahlah dalam sejam lagi ke paling lama….paling kejap sekarang juga talipon tu bernyawa balik….
Suami:
Terima kasih isteri abang…terima kasih juga pada TM ...jadi penyelamat hidup kita.
Isteri:
TM tu sebagai alatnya bang…tapi kita kena beringat….jangan leka.

image
Skrip 5.
Kak Ton:
Kau ni Mat…asyik menyanyi kerja kau dah selesai?
Mat:
Alah kak Ton…tak kan nyanyi pun tak boleh…lagi pun apa sangatlah kerja kita ni…tukang sapu je…
Kak Ton:
Walau pun kita ni tukang sapu…itu pun kerja juga…amanah orang pada kita siap berbayar lagi….
Mat:
Berapa sangatlah taukeh kita tu bayar kita kak Ton…buat ala kadar janji tak Nampak sampah sudah…rajin pun bukan nya gaji kita boleh naik lagi…orang tak pandang pun…
Kak Ton:
Kau nak dipandang… senang…buat kerja dengan ikhlas…mesti orang nampak…tulah sekolah malas…dah tu nak complain gaji sikit. Nak gaji besar jadilah doctor ke…lawyer ke…jangan jadi tukang sapu….
Mat:
Sudahlah kak Ton…kak ton rajin pun kak ton tetap tukang sapu …
Kak Ton:
Aku sedar diri…aku tak nak bagi keluarga aku makan duit haram….
Mat:
Apa pulak haram…
Kak Ton:
Kau ponteng kerja….tak buat kerja…tapi cukup bulan terima gaji….itu haram namanya….
Mat:
Kak Ton saya sebenarnya teringin sangat nak jadi artis….
Kak Ton:
Setakat teringin tak cukup Mat… kena belajar…nak jadi tukang sapu pun kalau kau tak tau menyapu kau ingat kau boleh dapat kerja jadi tukang sapu…lu pikirlah sendiri bro…
Mat:
Amboi kak ton cakap macam orang ada degree je….
Kak Ton:
Mat…kau ada rupa…bakat aku tak tau…tapi kalau betul kau nak jadi artis…pergi masuk kelas…pergi jumpa sapa tu… Datuk Yusof Haslam…minta kerja dengan dia…itu pun kalau dia terima…tak maunya setakat berangan tapi kau tak usha …
Mat:
Betul juga kata kak Ton… tapi nak ke bang Datuk Yusof Haslam tu terima saya….
Kak Ton:
Kau tanya aku buat apa…tanyalah dia…tapi kau memang yakin ke kau ada bakat…
Mat:
Jangan cabar saya…saya akan jadi artis…tengoklah nanti kak Ton…
Kak Ton:
Kau usaha mesti dapat….sekarang ambik penyapu ni pergi sapu bilik sebelah tu…ini latihan pertama kau nak jadi artis…sapu semua rasa ego kau…baru kau jumpa Datuk Yusof Haslam…
Mat:
Baik puan Direktor….

image

Skrip 6.
Anak:
Mak ni kenapa? Tak boleh ke mak jadi macam mak orang lain….duduk rumah…ni asyik nak berjalan je kerja mak…mak dah tua…tak payahlah sibuk nak jual kerepek tu lagi…tak cukup ke duit yang anak anak bagi?.
Mak:
Nuar…mak dah terbiasa…mak tau kau orang adik beradik bagi duit…tapi mak nak cari duit sendiri…lagi pun bila mak keluar tu dapat juga mak ambil angin…
Anak:
Mak malukan kami orang mengata mak…kami adik beradik tak jaga mak…biarkan mak menjual kerepek lagi malu kami mak…
Mak:
Kau orang malu orang mengata atau kau orang malu sebab mak kau orang penjual kerepek…duit kerepek mak tulah yang membesarkan kau orang…menyekolahkan kau orang sampai kau orang berjaya…jadi orang hebat
Anak:
Mak sengaja nak memalukan kami…kami jadi anak derhaka bila mak menangis macam ni…tolonglah mak…
Mak:
Mak nak kau dengar Nuar….cakap pada adik adik kau…duit bukan segalanya…ada pernah kau orang tanya tentang mak…mak sunyi dirumah besar kau orang ni…mak tak berkawan…kau suami isteri balik dari kerja tak pernah kau sapa mak kau ni…adik adik kau tak pernah jengok pun mak kau yang tua ni…mak keluar jual kerepek tu bukan pasal duit…tapi dengan berjual tulah mak dapat jumpa kawan kawan mak…ada juga orang yang nak berbual dengan mak…mak tau kalian anggap mak ni beban kan…
Anak:
Mak…maafkan Nuar…maafkan isteri Nuar dan maafkan adik adik Nuar mak…kami tak langsung berniat buat mak rasa begitu…. Kami terlalu sibuk mengejar dunia sampai lupa dunia kami yang lebih besar …mak…maklah dunia kami…maklah segalanya buat kami…kalau tanpa mak doa mak…kami mungkin tak jadi hebat sekarang…
Mak:
Dahlah Nuar mak dah maafkan kamu semua… ingat mak ni dah tua…cepat terasa hati…entah berapa lama mak boleh hidup…mak sentiasa doakan anak anak mak zuriat mak….

Skrip oleh Hjh Fauziah Hj Nawi.
STEFANI EVENTS(SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI)

image

Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Hamzah Tahir)
SKRIP AUDITION HAMZAH TAHIR (SKRIP MONOLOG)
Skrip 1:
Berapa kali aku cakap, memang susah buat keputusan, ditelan mati mak, diluah mati bapak.  Aku dalam dilemma sekarang ni, tolonglah aku.. kuatkan keyakinan ini. Aku tak akan berpatah balik. Akan ku genggam bara ini hingga menjadi abu. Biar lautan api mesti aku renang, Tak akan aku berganjak lagi untuk memenuhi impianku. Aku dah bertekad biar putih tulang jangan putih mata..
Skrip 2:
Aku tak hairan apa orang lain nak cakap, mereka tak suka cara aku, terserah. Apa yang aku buat ni, adalah untuk masa depan aku, akan aku buktikan yang aku sememangnya patut berada di sini. Jangan kau pandang aku sekecil itu, Sehalus zarah pun aku tidak gentar..selagi aku terdaya aku akan terus melangkah, ini bukan rintihan..ini adalah pengorbanan...
Skrip 3:
Aku sebenarnya tak lah jatuh cinta pada dia. Buat masa ini aku nak dia jadi orang yang paling rapat dengan aku. Apa yang aku tertarik pada dia, cara dia bercakap, kata kata yang keluar dari mulut dia, segala gala yang dia lakukan, sangat mengembirakan aku..cinta ke tu? Tidak...itu bukan cinta, cinta perlu ada hati, cinta perlu ada rasa..Lama aku tak jumpa.. Susah betul nak jumpa cinta..perlukah aku percaya pada cinta semula...
Skrip 4:
Aku tak 'blame' siapa siapa pun. Dia datang aku tak jemput, dia berambus pun bukan aku yang halau.. Tapi kalau dia buat rumah ni macam rumah tumpangan, ikut suka dia siapa dia nak bawa masuk, bersepah sana sini...aku dah tak tahan lah..mujur dia faham sendiri, semalam dia dah keluar dari rumah ku tu....lega betul.
Lepas ni kalau ada sapa sapa nak duduk dengan aku, aku kena siasat betul betul...
Skrip 5:
Semalam aku dah suruh dia register unifi, unifi cepat sikit, Dapat tengok tv lagi, kalau nak cepat contact dan communication, kena ambik unifi, dah ramai orang ambik unifi..kita kena melangkah ke depan bukan terperuk kat rumah dan menyumpah line tak clear... Ni kan dah susah.Dah sebulan aku pakai unifi, laju dan cergas jadinya, semuanya info sangat pantas, tak payah nak berebut rebut dengan orang lain..tak percaya..cubalah!

Skrip 6:

Aku nampak macamana mak dan abah terhumban di tolak oleh perompak tu, masa tu aku kecil lagi, abah sempat suruh aku duduk dalam raga kain baju, abah kata, "duduk sini diam diam, jangan menjerit,  mak dan abah tak apa apa, tunggu sampai abah datang.." selain dari merompak seluruh harta kami, mereka bunuh mak dan abah...Aku rindu pada mak dan abah..aku rindu.. Aku tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka berdua...

***************

Untuk Keterangan Lanjut sila ke blog SUHAN MOVIES

Tags : skrip Ujibakat pilih kasih 3, dialog ujibakat pilih kasih musim 3, ayat pilih kasih musim 3,

4 Orang Memberi Komen & Pendapat

ujang...ko g la ujibakat jd pelakon...heheeee

ko pegilah jang, mana tau boleh jadi pelakon! heheheee


EmoticonEmoticon