Tuesday, November 1, 2011

Review Filem Aku Bukan Tomboy



Semalam berlangsungnya majlis Pra Tonton Filem Aku Bukan Tomboy bertembat di GSC Mid Valley. Saya bersama rakan blogger yang lain berkesempatan menghadiri sama majlis tersebut yang dihadiri oleh para pelakon AKU BUKAN TOMBOY  bersama dengan rakan artis yang lain

Pergh...!!! mukadimah entri gua dah macam surat khabar kosmo yer dak..?? hahahaha

Semalam gua tengok wayang free cerita aku bukan tomboy, gua rasa ramai yang dah tahu yang filem Aku Bukan Tomboy ini filem arahan Syamsul Yusuf yer dak..??




Filem Aku Bukan Tomboy ini merupakan filem ke 6 arahan Syamsul Yusuf dari apa yang gua dengar semalam la, selain itu filem ini juga merupakan filem komedi pertama Syamsul Yusuf atau lebih tepat lagi cubaan pertama yang berani dilakukan oleh pengarah muda yang hensem ini..haha

Erm..ok gua teruskan review filem ini ok., setakat sinopsis dan trailer gua rasa korang semua boleh google dan tengok di youtube jer ok, tanak gua tepek banyak2..

********************

Review Filem

- Ok dari apa yang gua tengok semalam, filem ini agak ringin dan mudah difaham oleh semua penonton., satu kelebihan syamsul yusuf bagi gua ialah dia bijak menyusun jalan cerita dari satu babak ke satu babak, berbeza dengan pengarah lain yang kekadang gua rasa terlalu cepat menukar babak cerita.gua tak pasti la itu kerja pengarah atau penyunting..heee

- Filem aku bukan tomboy ini gua rasa kekuatan dia pada Sam dan Scha.., dua orang ini penyeri dan pembuat gua ketawa..selain itu lakonan Harun Salim bachik jugak membuatkan gua ketawa yang berbunyi ha ha ha

- Pelakon pembantu yang gua suka ialah Zarina AF , boleh tahan minah tu berlakon jadi pengkid memang menjadi....
- Dari segi jalan cerita pulak gua suka gak jiwang-jiwang ni..si SAM tu yang berkawan rapat dengan Scha (tomboy) dalam masa sama sebenarnya jatuh cinta pada si SCHA. babak romantik yang syamsul cuba tunjukkan memang menjadi..ala ala sweet gitu...('',)

- Pengajaran yang dapat dalam filem ini ialah mak bapak jangan terlalu kontrol anak tetapi dalam masa yang sama guide anak macam harum salim bachik dalam filem ini. Selain itu kepada pengkid yang masih berleluasa di luar itu insaf la dan sedar la yang korang takkan dapat zuriatnya kalau bercinta dengan kaum sejenis.., buang la bengkong berkarat tu ok wahai pengkid..hihi

- Babak yang  cemas dalam filem ini ialah saat scha nak kena rogol dengan mat rempit


Nak tahu shca kena rogol atau tidak,?? sila la tengok filem AKU BUKAN TOMBOY di pawagam berhampiran  anda pada 17 November 2011


Rating 
8/10

Dialog yang ada dalam AKU BUKAN TOMBOY

- Sweet talker~ mulut serupa tahi
- Hati aku takda mood la.~~ hati aku rasa hempedu
- Tak cukup kau serong kat sekolah, dekat tempat kerja pulak kau serong
- Oraghe kampung,mai kelantam ~ sama ambo


Sekian....Peace (~_^)v


Pelakon Utama AKU BUKAN TOMBOY


Update Blogger yang hadir semalam ( ada lagi tak ek..? )

- Yana
- Mejah
- Cik epal
- Pen Merah
- Myra
- Bean
- Bro jejai
- Hazman
-Cik Helena



p/s : malam ini gua join majlis pra tonton filem TOYOL pulak...hee

tags : gambar, review aku bukan tomboy, tarikh tayangan aku bukan tomboy, pelakon aku bukan tomboy

15 Orang Memberi Komen & Pendapat

you are so lucky for having watching pra-tonton all the films.
whoaah, surely this is the best ever!! :'D

kah3x.....siap ada masukkan pengajaran la bagai.... ye la kan orang nak jadi papa....hik3x

tertanya tanya celah mana lah dia ni asyik elok free je dapat tgk movie percuma. setiap kali. ya setiap kali.

sokonglah industri tempatan,,, cume aku serik je. hahaha

time kelantam tu yang tak boleh blah haha

dah aku mcm nak percaya scha tu tomboy.kehkeh

kalau SAM yg berlakon aku mesti tgk... ;-)

zarina penah bwk watak tomboy utk filem gol dan gincu dulu kalau x silap..kalau x tomboy pon watak cam ganas-ganas gitu..


filem ni nmpk cam klise..tp mungkin garapannya berbeza kut ek..

seronoklah dapat tengok pra tonton je... memang rezeki tu!

grrr jeles btol!

weh mcmmne ko menang pra tonton???!! mna dpt?-.-'

gileeeeeee ah !
jeles kot !
nak jmpe scha ! nak jmpe sam..!!!!!!!

yeah...memang betul...cam first time Sam n Scha letak satu film...best kot...haha..


EmoticonEmoticon