Sunday, October 2, 2011

Kesilapan Dalam Filem Hantu Bonceng

Gua rasa ramai dah tengok cerita Hantu Bonceng ni yer dak..? Ni gua kongi Kesilapan Dalam Hantu Bonceng

Macam sebelum ini gua amik kesilapan ini dari Dr Goof...

Korang jangan nak kata ini tak penting la itu la..,motif cari kesilapan dalam filem ini bukan untuk kritif.., tapi hobi si Goof..

Meh layan

1. Di awal awal filem, selepas Kunyit minta habuan racing, Dani turunkan tangannya yang berada di dadanya. Namun, semasa Kunyit pergi ke Amran, tangannya berada kembali di dadanya dalam syot lain. Syot seterusnya menunjukkan tangannya kembali berada di bawah.

2. Semasa Kunyit turun dari motor, tangan Dani kanan Dani diam dan jauh dari dagunya. Tukar syot, tangan Dani tiba tiba saja memegang dagunya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Dani tiba tiba berada jauh dari dagunya semula secara tiba tiba.

3. Tangan Amran yang berada di atas dadanya tiba tiba berada di peti semasa Halimaton simbah air.

4. Semasa Amran datang jumpa Halimaton di hospital dapat dilihat ada seorang nurse sedang berjalan bersama pesakitnya masuk dari pintu. Nurse dan pesakit tersebut melewati kaunter dan menghilang. Namun, semasa syot Amran berbual dengan Halimaton, nurse dan pesakit tadi tiba tiba muncul sedang berbual-bual di tepi pintu semula.

5. Kedudukan helmet Amran berubah kedudukan selepas bertukar syot.

6. Tangan Halimaton yang berada di belakang tiba tiba berada di dalam poket hadapannya selepas bertukar syot.

7. Semasa Amran dan Kunyit terkejut nampak hantu bohsia dalam kereta polis, paras air dalam botol bertambah secara tiba tiba.

8. Posisi rantai Amran berubah secara tiba tiba selepas seorang budak datang melihat keadaan mereka yang bogel.

9. Semasa Amran jatuh selepas hantu bohsia jerit kepadanya, kedudukan pengalas kaki berubah dari keadaan asal yang sedikit senget semasa Amran mengintai di sebalik peti ais pada awal tadi.

10. Cawan berisi tisu tiba tiba berada di atas menu makanan semasa Kunyit datang sebelum kembali berada di depan menu makanan semula dalam beberapa syot seterusnya. Malah, posisi tisu juga sudah berubah dari yang sebelumnya.

11. Posisi helmet berubah selepas bertukar syot.

12. Posisi helmet Amran sekali lagi berubah ubah kedudukan semasa Amran nampak Ayu yang sedang tidur di rumahnya. Kedudukan helmet juga berubah2 diantara syot sepanjang babak.

13. Tangan Ayu yang kedua duanya berada di pintu berada di bawah berselang seli diantara syot.

14. TRIVIA: Kalau korang tengok dalam babak ini, ada orang enter frame secara tak sengaja kat belakang. Dia berjalan dengan begnya dan menghilang dalam kegelapan. Rilex, itu bukan hantu k.. :-)


***********

Download Free Hantu Bonceng klik SINI...<------

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : penatnya...!!!!!!

23 Orang Memberi Komen & Pendapat

seldik setiap satu! tapi biasalah tu...cut! shoot balik pastu cut! heheh

ujanggg ! byknya typo !!
hahahhaha...

dr.goof ni mmg rajin.. siyesss teliti habis hahahah

hahaha..bayak kali cut..tu yang semuanya pon banyak berubah kedudukan..rajen btol duk teliti..tabek sket!

bg saya 8,9,10,12 tu nampak la ketara...tapi yang lain tu saya tafsir logik juga keadaan tu berubah...hehehhe tapi awak sgt2 peka ek?bljar bidang media ek?

nti mesti ade org dtg melamar ujang..bukan ajak kawen..bukan bukan /! ajak jadi pengarah sekali..apa lagiii......kasi sikit dekat pengarah filem ni supaya dia peka.hahaha

mak ai, biasalah conti lari sikit2.. sebab ubah shot, kadang kite x perasan ponnnnnnnnnnnnn ..

yg last tue tak prsan plak ad org time tgk crta nie

wow hebat! dia belek 1/1 tu..memang peka habis lah..

argghh detailnye! hahaha. bro, cube komen pasal filem pendek ni pulak. terima kasih. :)

http://jomtgkblogsaya.blogspot.com/2011/09/filem-pendek-super-kawan.html

xkn la nk blakon kaku lak kan. kih3. mst la ade grakan. tp bab air mnurun mnaik tu lojik laa. kih3.

Dr Goof... mmg terbaik...

Jika dia gunakan masa dia yg duk sebok nak carik salah @ nak majukan industri filem tu kearah yg lebih baik... lagi bestkan.... contoh... senaraikan kesilapan ejaan typo bloger2 yg populor mcm kau.... hahahahahah

ataupun perkara2 yg lebih BAIK drpd yg baik itu.... barulah betul2 TERBAIK....

apa2 pun setiap manusia ada peranan kat dunia ni... kita semua saling berkait...

P/S = kalau tak ada yg kritik, org yg buat salah takkan sedar dgn kesalahan dia, sbb manusia takkan buat salah jika dia tau yg dia buat salah... maka kritik dan tegurlah dgn baik. org yg kena kritik pulak terimalah dgn baik

P/S ke 2 = bertahun2 aku solat dan baca surah Al-Fatihah namun tak ada seorang pun yg kritik... maka aku ingat bacaan aku betul... SEHINGGALAH ada seorang mamat yg pakai seluar JIN ngan jersi bola(jgn ingat org mcm tu cetek ilmu agama) dia tegur aku... barulah aku tahu yg bacaan aku salah.... moralnyer, kalau aku tak amik tahu maka solat aku sampai mati pun tak diterima sbb Al-Fatihah itu salah satu rukun solat. (eh dah mcm entry lak) heeeeee(",)

pening pala aku nk menengok benda2 ni.....

name pun filem. ade action n cut. sedangkan real life pn byk kesilapan ^.^


EmoticonEmoticon