Thursday, September 15, 2011

Review Filem Libas



Semalam gua berkesempatan menghadiri majlis Pra Tonton Filem Libas di Wangsa Walk bersama Yana dan rakan blogger yang lain.

Jemputan yang gua terima daripada Cik Helena , so gua dan rakan blogger yang lain duduk di tempat yang telah disediakan. Terima kasih kepada pihak pengajur kerana sudi menjemput para blogger




Review Filem

- Sebelum gua menonton filem ini gua telah melihat Trailer Filem Libas di Youtube terlebih dahulu.., dan terus terang gua katakan dari tengok trailer gua rasakan filem ini tak berapa nak best 

Tapi semalam jangkaan gua meleset...hahaha., Filem yang diarahkan oleh  Jurey Rosli dan skripnya ditulis oleh Martias Mohd Ali secara peribadi gua rasa sangat bagus dan lawak..serius tak sangka lawak gila

Kekuatan filem ini terletak pada watak Rosham Nor dan tak perlu nak dipertikaikan lagi mutu lakonan beliau.., selain itu filem ini dikuatkan lagi dengan lakonan sengal ala terencat akal si Johan(raja lawak) hahahaha.


Filem ini gua puji sebab pengarah berani menaikan martabat permainan warisan kita di mata dunia iaitu Sepak Raga,(sepak takraw)

Kalau ramai orang katakan "mesti filem libas tiru shaolin soccer kan?? " jawapan dia yes maybe ada amik idea sholin soccer, tapi tak salah langsung..!!

Orang luar buat cerita hantu kita ada buat juga cerita hantu box office lagi.., orang luar ada gak buat filem kereta kita pun ada buat cerita kereta pun box office gak...('',)

Jadi tak salah dan tak menjadi isu tiru cerita siapa..yang pasti jalan ceritanya 100% berbeza yer dak..???

Dipendekkan cerita..filem ini bukan cerita aksi yang merepek, tetapi penuh dengan emosi dan lawak jenaka oleh semua pelakon yang terdiri daripada


Senarai Pelakon Libas::

Pelakon Utama

ROSYAM NOR - RAJA LIBAS

SCHA AL-YAHYA - RATNA

JOHAN RAJA LAWAK - HAMADI

BEEGO - MEGAT

FADZLY KAMARULZAMAN - KUMOK

MOHD RAZIB SALIMIN - JURULATIH MALAYSIA


Pelakon Pembantu

MOHD ZABRI IBRAHIM - AK NANGKHON

YUSWAISAR - PRATAPOL

ADAM CORRIE LEE - PROPCHAI

SALLEHUDDIN ABU BAKAR - SUKCHAI

ZULKARNAIN ZAKARIA - SOMPON PULAPOL

YANG KASSIM - JURULATIH SIAM


Pelakon Undangan


SABRI YUNIS - HJ HASBULLAH AWANG

SATHIA - MAMAK

JOHAN ABDULLAH - MR WILSON

YUSMAN GHAZALI - MR. YAKUZA

ZAZALI MAJID - DALI

Pelakon Kanak-kanak

MUHAMMAD HARITH JUREY - RAJA LIBAS JR


Komen

- Pada pendapat gua sedikit kekurangan filem ini ialah gua rasa ada beberapa scene yang dipotong tiba-tiba dan ada part yang belum klimaks nak kasi gelak dia dah tukar ke scene yang lain...kalau disusun sedikit atau kasi lagi urm...mesti gempak..('',)

- Ada lagi beberapa part yang boleh diperbaikai dan kesemua keselahan dari pandangan gua itu kesalahan kecil sahaja..

-Perlu diingat Filem Libas adalah Filem pertama dari MDAG MARKETING SDN BHD dan pengarah dan penulis skripnya juga merupakan hasil tangan sulung mereka dalam Filem Libas ini, jadi perlu diberi pujian..!!!!!

Penulis skrip Filem Libas iaitu  Martias Mohd Ali merupakan suami kepada rakan blogger gua Bicara Mak Dara , secara tak langsung gua tumpang gembira hasil abang martias kerana Filem ini merupakan skrip
pertamanya ke layar perak...('',)

"cayalah bang...lawak gila cerita libas ni...."


***********


Akhir kata dari gua

Tahniah kepada semua Tenaga Produksi Libas dan juga kepada MDAG MARKETING SDN BHD kerana berjaya menghasilkan filem yang lain dari yang lain




Filem ini ditanyangkan pada 

29 September 2011



Gua bagi Filem ini 

8.5/10

(mana lagi 1.5 tu ?? potong untuk kesalahan kecik yang gua komen di atas)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : esok2 gua update gambar di Majlis Pratonton ini bersama rakan blogger dan artis....('',)

tags : Review Libas, Review Filem Libas, Majlis pratonton filem libas, preview libas, preview filem libas, nama pengarah filem libas, nama pelakon filem libas, kutipan filem libas

11 Orang Memberi Komen & Pendapat

mcm best jak.. nk tgok, bli cetak rompak jela bile dah keluar wayang t hihihi!
gurau jak

layan ..!

ujang..camne nk join pratonton ni..menarik ni..hehe :)

ps: ade typo sket..*ditayangkan*

wah... best kan?...nk gi tgk la nanti...:P~

ni filem pasal sepak takraw kn.. mesti kena tonton ne :)

Terima kasih ler kerana melambung pujian pada abang macam bola takraw jugak.. Korang memang supporting dan abang tabik springggg...

ga x pernah dapat g pratonton g... sedih bebeno... mungkin takut movie mistakes kuar awal kot be4 filem release DVD.. haha

GOOFSPOTONFILM (update):
Kesalahan Dalam Filem Pirates of the Caribbean 4

Gabungkan Shaolin Soccer dengan Mortal Kombat, but keep in mind yang ini filem hasil anak tempatan dan merupakan karya sulung MDAG = maka jadilah Libas…menarik sebab cam something new, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki...hee...


EmoticonEmoticon