Friday, July 22, 2011

Kesilapan Dalam Filem Sekali Lagi

Kesilapan dan Kesalahan dalam filem SEKALI LAGI ini gua amik dari Goof


*************************************


1. Bayang krew/equipment (kamera yang bergerak) kelihatan semasa intro Arman pada awal cerita.
2. Semasa Arman keluar dari butik dan pakai kot, Arman pakai kot dan kotnya berada di atas bahunya. Namun, syot seterusnya menunjukkan kotnya berada di belakang sehinggakan menampakkan kemeja putihnya. Kotnya kembali berada di atas bahunya selepas itu.

3. Malah, semasa Arman bagi salam, kolar kemejanya tenggelam dan tidak kelihatan. Dalam close-up, kolarnya kelihatan secara tiba tiba. Malah, bajunya juga tiba tiba kemas.

4. Beg ungu Amy yang berada dekat dengan leher berubah kedudukan selepas bertukar syot.

5. Beg ungu Amy juga bertukar posisi secara tiba tiba semasa adegan di gerai selepas bertukar syot.

6. Semasa Haris halau pencuri (peminta sedekah), tiada peluh kelihatan. Namun, semasa Sheila jatuh dan Haris sambut, dapat dilihat peluh yang muncul secara tiba tiba di baju Haris. Peluh tersebut hilang dalam syot seterusnya.

7. Semasa Zarina datang, kedudukan kotak pensil warna kuning dan merah yang pada awalnya rapat antara satu sama lain berubah dan bertukar menjauh antara masing masing selepas bertukar syot.

8. Pada awalnya, kedudukan tangan Amy konsisten between syot. Namun, lama kelamaan, tangan Amy dalam satu syot dilihat diletakkan atas gelongsor dilihat dalam satu syot lain, menggenggam dan hanya lengannya saja berada atas gelongsor. Kedudukan tangan Amy berubah ubah between syot sehingga habis babak.

9. Semasa Amy dan Sheila sampai ke warung Haris, Amy letak tangannya di bahu Sheila. Namun, syot seterusnya menunjukkan Amy tidak letak tangan di leher Sheila secara tiba tiba. Syot seterusnya menunjukkan tangan Amy kembali berada di bahu Sheila kembali secara tiba tiba.

10. Sewaktu Haris cakap ‘Sheila dah setuju lah ye’, Sheila sudah berdiri dan tidak berjalan lagi sebab sudah berada di tepi Haris. Namun, semasa syot Amy, korang akan lihat Sheila baru hendak berjalan ke arah Haris (tolong jangan tenung lama lama gambar bahagian 'ehem' Lisa Surihani tu k)

11. Papan menu berbeza kedudukan dalam dua syot berbeza.

12. Bucu kain tudung mama Arman yang berada di hadapan tiba tiba hilang semasa Arman bangun dan pergi dari situ.

13. Bayang bayang orang yang tidak diketahui (mungkin juga crew) dikesan pada cermin tingkap.

14. Keadaan selendang Sheila berubah secara tiba tiba semasa skandal Arman datang.

15. Dalam satu syot, Arman lap mulutnya sampai selesai. Dalam syot seterusnya, Arman dilihat mengelap mulut kembali secara tiba tiba.

16. Rambut Sheila muncul di bahu kirinya secara tiba tiba selepas bertukar syot.


 *************************************



Goof  bukan pengkritik..cuba baca ulasan beliau

"Blog ini bertujuan mendedahkan kesilapan teknikal dari aspek suntingan/props dan juga logik babak samada dalam filem omputeh ataupun malaysia. Bagi sesape (terutama pengarah/penerbit/atau orang seni) yang tidak selesa dengan pendedahan ini, jangan naik angin. Keep up making film and aku akan jadi pemerhatinya.

Aku sokong filem kita dan juga antarabangsa. Peace!

Terima kasih kepada siapa saja yang menghantar komen untuk penambah baikan entry. Gambar2 adalah hak cipta penulis, anda tidak dibenarkan untuk link di mana2 blog kecuali setelah diberitahu. Jika anda telah berbuat demikian, sila attach link ini di blog anda. TQ" (goof yang hensem)



Review sekali lagi klik SINI




Hashim Rejab (pengarah sekali lagi) dan Gua

Sekian...Peace (~_^)v


Kesalahan filem KL GANGSTER klik di SINI<-----------------




*kesalahan dan kesilapan filem sekali lagi, kesalahan dalam filem sekali lagi

26 Orang Memberi Komen & Pendapat

hahhahahhah bab tnung ehem lisa lelama tu tak leh belah....

mmg selalu camtue kan..hmmm...kite tgk pon cam x besh~

hahaha..rajin amat cari kesilapannya.. tabik la..mata pun tajam..hehe

bagus la korg nih!prihatin bagus mnjadi pengkritik sblm review filem :)

hahhaha.... tp ak rs mcm kesilapan tu mcm biasa je.. xde la serius sgt sbb org tu bergerak2... xkn la nk suh rmbut tu statik je kan...

tp gile laa... satu2 dia compare... mau skt kepala pengarah tgk ni...

tak ambik tahu pun haha

Jang : Lepas nie aper kata ko detect masa tengok time PRA TONTON ...baru la gempak...

tulah yg jadik bile ade action n cut. bukan semua scene 1 shoot kan. normal lepas cut je, pantas makeup artis kerumun pelakon touch up bedak la, betulkan kolar baju la, betulkan rambut la, ape2 saje la kan. jang, lu try suro Goof carik kesilapan Harry Potter plak ke, tak pun Transformers ke. filem2 oberc tuuu ;D

Gigih betul la dia mencari salah silap orang, pka betul!

saye x pernah kesah pun kalau takat silap sikit cmtu...
haha...
mmg hebat la mata leh nampak..
=D

tuan punya entry asal menjawab: terima kasih atas komen2 semua, kalau nak banyak lagi, jemput datang

>, : MOVIE MISTAKES:M SEKALI LAGI

movie mistakes filem ini akan diupdate dari masa ke semasa... jadi alert okeyh!... :-) rajin2 jemput LIKE fanpage Goofspot untuk update movie mistakes terbaru....

haha. dasyat gila, semua ujang tilik satu2.

hahaha .. die berpeluh tu time pegang lisa .. gemuruh la tu hehe :D

Ok ler tuh... tak der pon syot yang menampakkan microphone. Hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Logo baru untuk Ben Ashaari!

[13PG] Kemalangan ngeri di tapak binaan

[13SX] Makcik bertudung labuh KENTUT dalam lift!


EmoticonEmoticon