Friday, January 14, 2011

Peranan Ulama'


سْــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Ulama ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu ang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan ALLAH, Rasullullah, Al-Quran dan perkara besar yang lain.



"Sesungguh ALLAH meinggikan martabat sesuatu kaum dengan Al-Quran ini(yakni ilmu tentang Al-Quran) dan merendahkan martabat yang lain kerananya ".
(Riwayat Muslim)



Apakah peranan ulama di dunia ini sehingga martabat mereka begitu tinggi? Peraan ulama antaranya ialah :

1) Sebagai pewaris para Nabi atau penyebar ajaran yang dibawa

2) Ulama mengajar dan memperkukuh akidah, syariah dan akhlak Islam. Ulama yang tidak meyebarkan dakwah dan perjuangan Islam sepertimana yang dibawa Rasulullah s.a.w maka mereka bukan ulama yang sebenar.

3) Ulama adalah contoh budaya takut kepada Allah dan menjadi model akhlak Islam.

4) Ulama adalah golongan yang prihatin dna mementingkan kerja membela penderitaan umah dan berusaha mereformasikan kehidupan sosiopolitik, budaya , ekonomi dan sebagainya

5) Ulama mestilah dijadikan sebagai tempat rujukan dan pembimbing umat daripada setiap kekalutan pemikiran dan kesesatan

6) Ulama sentiasa berperanan mencegah kemungkaran, kezaliman dan amalan yang menderhaka kepada ajaran Allah.


Sekadar Perkongsian dari Khutbah Jumaat tadi


3 Orang Memberi Komen & Pendapat

btul2....tapi skarang nih....kalo ikut kriteria tuh....agk susah nak cr yg betul2 ulama'....

aku ingat ang tak p solat jumaat nyah.haha


EmoticonEmoticon